PH Beri Kebebasan Pada Media


KUALA LUMPUR - DAP dan Pakatan Harapan menjamin akan memberikan kebebasan kepada media dan laporan di TV3 tidak akan mengikut polisi parti atau pakatan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Ahli Parlimen Jelutong  (DAP)  RSN Rayer telah menjelaskan bahawa dia hanya meluahkan kekecewaannya tentang bagaimana TV3 memburukkan Kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun ini.

Namun Kit Siang berkata, DAP dan Pakatan Harapan (PH) akan mematuhi dasar berkaitan kebebasan media.

"Pemimpin DAP dan PH mesti menetapkan 'tona' untuk Malaysia, di mana tiada ruang untuk membalas dendam kecuali jika ia melanggar undang-undang," katanya menerusi kenyataan di blognya pada Jumaat.

Lim berkata demikian ketika mengulas kecaman terhadap Rayed yang memuat naik posting di Facebook miliknya bahawa TV3 harus ditutup kerana berpendirian seperti pemimpin Barisan Nasional yang lama.

"Kita harus sedar tentang rasa kebebasan yang luar biasa yang dirasai oleh rakyat Malaysia pada hari bersejarah, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

"Ia memberi mereka peluang kedua untuk menetapkan semula dasar dan arah pembinaan negara.

"Saya percaya agenda utama kerajaan PH adalah untuk memastikan kebebasan media di negara ini, dan saya mencadangkan salah satu tindakan pertama Parlimen ke-14 adalah untuk memansuhkan Akta Antiberita tidak benar," katanya.

Sumber:Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com