Perumahan Agenda Utama Calon BN Parlimen Alor Setar


ALOR SETAR - Agenda utama calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Setar, Datuk Yoo Wei How adalah meningkatkan keselesaan penghuni flat seperti yang tertulis dalam manifesto BN Kedah.
.
Wei How berkata, jika beliau jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini beliau akan menubuhkan jawatankuasa khas membabitkan pelbagai pihak berkepentingan, sekali gus menjayakan usaha memperkasakan penempatan flat sekiranya beliau diberi mandat oleh pengundi di parlimen itu.

Beliau mendapati banyak penempatan flat dalam parlimen yang ditandinginya memerlukan perhatian khusus bagi memastikan keselesaan rakyat dapat diperbaiki.


"Apabila menjadi Ahli Parlimen, sudah pasti saya mempunyai akses yang mudah untuk mendapatkan nasihat, bantuan dan mungkin peruntukkan khas dari kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) malah mempunyai peruntukkan sepanjang lima tahun.

"Tempoh lima tahun membolehkan saya menyelesaikan semua isu yang berbangkit kerana setiap flat mempunyai masalah berbeza yang memerlukan pendekatan tertentu. Sudah pastinya, ia akan memerlukan kerjasama semua pihak dan komuniti setempat.

"Masalah yang timbul tidak sama... ada yang mengalami masalah kumbahan, sampah sarap, bangunan uzur, sistem pendawaian, pengairan dan pengurusan... apabila adanya jawatankuasa yang dipengerusikan saya sendiri... semua masalah itu pastinya dapat diselesaikan dalam tempoh sepenggal," katanya memetik BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Santai dengan penduduk Flet Sri Gemilang di sini malam Selasa.

Sementara itu, Wei How berharap rakyat membuat pilihan yang bijak kerana memilih pihak luar sebagai wakil memberi kesan negatif seperti lima tahun kebelakangan ini.

"Pemimpin luar tidak dapat membantu tetapi apabila memilih pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan ia datang dari sini, sudah pasti masalah setempat dapat diatasi malah pelbagai pembangunan dapat dilakukan kerana menerima peruntukkan dari Kerajaan Persekutuan.

"Kami mahu menang, bukan untuk kepentingan peribadi dan parti tetapi untuk masa depan rakyat yang lebih terjamin. Pembangunan dan kehidupan selesa hanya dapat dinikmati apabila BN menerima sokongan padu menjadi kerajaan yang kukuh," ujarnya. - Kedahnews.com

#ManifestoBN
#KekalBN
#BersamaBN
#UndiBN



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com