Perubahan Besar Berlaku Di Kubang Rotan Jika Calon BN Abdul Muthalib Menang


ALOR SETAR - Keenakan gulai ikan temenung menjadi tarikan utama di Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah selain Pasar Nelayan Kampung Seberang Kota yang sudah pastinya menjanjikan hasil laut segar untuk dibawa pulang.

Dengan Pasar nelayan yang telah dinaik taraf dengan kos RM200,000 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas sebelum ini, itulah tanda kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memahami kesengsaraan nelayan yang berhempas pulas mencari rezeki bagi menambah pendapatan mereka.

Bagi calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, Datuk Abdul Muthalib Harun, beliau yang prihatin akan kesempitan hidup golongan nelayan nekad mahu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik sekiranya lebih 36,000 pengundi di DUN itu memilih BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU140) kali ini.

"Sudah dua penggal DUN ini ketinggalan sebab diwakili pembangkang, namun begitu kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan penduduk di DUN ini.

"Sebab itu saya yakin keadaan di kawasan ini akan menjadi lebih baik dan DUN ini akan lebih pesat membangun sekiranya diwakili BN," katanya memetik Bernama.

Pada PRU14 kali ini menyaksikan Abdul Muthalib akan berdepan calon PAS Omar Saad dan calon PKR-Amanah Mohd Asmirul Anuar Aris.

Bagi Abdul Muthalib, kampung nelayan itu bukan sesuatu yang asing di DUN berkenaan kerana beliau telah menyalurkan dan telah biasa berkhidmat menyumbang bakti di situ selama 10 tahun sebagai penyelaras DUN.

"Ini tempat saya dan sebahagian besar penduduk di DUN ini mengenali saya dan saya yakin pengundi akan memberi peluang kepada BN kali ini," katanya.

Menurutnya, 60 peratus penduduk disitu mencari rezeki sebagai nelayan manakala bakinya adalah petani dan lain-lain pekerjaan dan sudah tentunya kebajikan nelayan dan petani akan diberi perhatian oleh beliau nanti.

"DUN ini juga merupakan pintu masuk pelancong ke Langkawi dari terminal feri di Kuala Kedah dan jika BN diberi mandat, keutamaan untuk menarik pelancong juga akan diberi perhatian," katanya.

Abdul Muthalib menegaskan mahu menumpukan kepada agenda utamanya adalah mahu menaik taraf infrastruktur seperti jalan raya dan lampu jalan kampung serta menangani isu air di sesetengah tempat jika beliau memenangi kawasan itu.

Seorang penduduk, Hashimah Subri, 57, berkata sejak PAS memenangi DUN itu tidak ada pembaharuan yang dilakukan parti itu untuk membela penduduk.

"Kali ini mereka tukar pulak calon. Untuk apa kami mahu memilih PAS lagi dan mujurlah ada pemimpin BN yang datang membela nelayan dan pesawah," katanya. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com