Pertembungan Di Langkawi Sedikit Berbeza, Kehadiran Najib Pembakar Semangat Kami - Nawawi


ALOR SETAR - Calon BN Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, pertembungan kali ini dianggap sedikit berbeza berbanding pilihan raya sebelum-sebelum ini kerana mendapat perhatian dari seluruh negara.

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Langkawi baru-baru ini sebagai pembakar semangat kepada Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai calon berpengaruh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Namun, Nawawi masih yakin mampu mengekalkan kerusi Parlimen tersebut meskipun terpaksa ber-hadapan dengan bekas Perdana Menteri yang juga merupakan calon PKR bagi kawasan berkenaan.

“Kunjungan Perdana Menteri baru-baru ini cukup penting dalam meningkatkan keyakinan BN. Malah kehadiran Perdana Menteri itu juga memberi semangat kepada kami dalam mempergiatkan usaha untuk mempertahan kerusi tradisi BN itu.

“Pertandingan di Langkawi kali ini cukup berbeza kerana melibatkan saingan daripada seorang bekas Perdana Men-teri dan lawan dengan saya yang bukan sesiapa,” katanya memetik laporan Utusan Online semalam.

Tambahnya, beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada BN demi masa depan Langkawi.

Hal ini kerana, pelbagai perancangan sudah diatur kerajaan untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah lokasi perlancongan terkemuka di dunia sekiranya parti BN masih diberi mandat untuk mentadbir pulau lagenda tersebut.

Parlimen Langkawi dalam PRU-14, Rabu ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Nawawi, Dr. Mahathir yang membuat kemunculan semula selepas lebih dua dekad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan calon Pas, Zubir Ahmad.

Dalam pilihan raya lalu, Nawawi cemerlang di kerusi tersebut selepas menewaskan Ahmad Abdullah dari PKR dan Marina Hussein mewakili Bebas dengan majoriti 11,861 sekali gus mengekalkan kawasan berkenaan sebagai kubu kuat BN sejak daripada dahulu lagi. - Kedahnews.com

#BersamaBN #KekalBN #UndiBN #HebatkanNegaraku #TolakPakatan 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com