Perkosa Anak Untuk Buang Roh Jahat


MADRID - SEPANYOL. Seorang bapa di Sepanyol tergamak merogol anak perempuannya berusia 15 tahun dan dua rakannya kononnya untuk 'menyingkirkan roh jahat' dalam tubuh mereka.

Lelaki dikenali sebagai Javier G D itu dilaporkan memperkosa kesemua mangsa beberapa kali di kediamannya di Baix Llobregat berhampiran Barcelona.

Difahamkan, isterinya tahu tentang perbuatan suaminya, namun hanya mendiamkan diri.

Javier mendakwa 'Order of Odin' mengharuskannya merogol ketiga-tiga remaja terbabit atau keluarga mereka akan berdepan nasib buruk.

Susulan itu, pendakwa raya mencadangkan hukuman penjara 45 tahun dikenakan ke atasnya manakala isterinya dihukum penjara sembilan tahun kerana bersubahat. 

Sumber: Daily Mail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com