Perkhidmatan Awam Terus Laksana Tanggungjawab - KSN


PUTRAJAYA - Semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu terus melaksanakan tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata mereka perlu setia kepada Raja, negara dan kerajaan yang sudah dipilih.

"Seluruh rakyat Malaysia sudah menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semalam.

"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kita harus menghormati keputusan PRU-14 seperti mana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 132 (2A), setiap penjawat awam akan terus berkhidmat selama mana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com