'Perbaharui Pucuk Pimpinan UMNO'


SEREMBAN - Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, menyarankan pucuk pimpinan parti diperbaharui jika mahu mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, UMNO perlu mencari nafas baharu untuk berdepan cabaran politik selepas melihat perubahan rakyat.

"Saya cadangkan segelintir pemimpin mengubah sikap sombong dan riak yang menyebabkan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Tampilkan muka baharu, kepemimpinan bijak kerana pemilih pada masa ini sudah cerdik," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Jelebu itu berkata, faktor penentu adalah sikap pemimpin di dalam UMNO dan BN itu sendiri.

Katanya, sudah tiba masanya UMNO berubah dan mengubah kerana ia banyak berjasa pada negara.

"Apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah pilih pucuk pimpinan baharu," katanya.

Jalaluddin berkata, melihat kepada pencapaian PRU-14, UMNO memenangi banyak kerusi di Parlimen berbanding PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding sebagai pakatan menggunakan simbol PKR.

Sementara itu di laman sosial hari ini, rata-rata anak muda meminta BN dan UMNO meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Presiden baharu jika mahu mengembalikan kegemilangan parti berkenaan.

Sumber:BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com