Perakam Suara Pesawat Terhempas Sudah Ditemui


HAVANA – Kerajaan Cuba mengesahkan 110 orang penumpang maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas kelmarin.

Daripada jumlah penumpang itu, seramai 99 orang adalah rakyat Cuba.

Menurut pihak berkuasa, mereka sedang mengenal identiti mangsa-mangsa yang terkorban. Setakat ini, seramai 15 mangsa telah dikenal pasti.

Dalam sidang media di lapangan terbang Havana, sebanyak tiga peumpang yang terbunuh dalam penerbangan dari Holguin adalah pelancong asing – dua Argentina dan seorang Mexico manakala dua lagi penduduk Sahrawi di Cuba.

Enam anak kapal warga Mexico yang berada dalam pesawat berusia 40 tahun, yang disewa oleh syarikat penerbangan Cubana dari sebuah syarikat, Damojh juga maut.

Tiga wanita Cuba yang selamat dalam tragedi yang disifatkan paling dahsyat di negara itu masih dalam keadaan kritikal.

Kemalangan yang berlaku di sebuah kawasan pertanian kira-kira 20 kilometer di selatan Havana menyebabkan pesawat berkenaan terbakar.

Namun rakaman suara dalam pesawat itu telah ditemui, kata Menteri Pengangkutan Cuba, Adel Yzquierdo.

Manakala data rakaman masih dikesan oleh pasukan penyelamat.

“Pesawat berkenaan mengalami masalah ketika berlepas sebelum terhempas, ” kata Adel.

Kemalangan paling buruk di Cuba sejak pesawat penumpang Ilyushin-62M terhempas berhampiran Havana pada tahun 1989, mengorbankan 126 orang dan 14 lagi mangsa di darat. 

Sumber: MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com