Penyokong WARISAN, PH Luah Bantahan


KOTA KINABALU - Kira-kira 300 penyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PH) berkumpul di kawasan Dataran Padang Merdeka di sini, petang semalam, sambil melaungkan slogan 'ubah'.

Mereka yang berkumpul sejak jam 5 petang itu dipercayai berbuat demikian berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bekerjasama dengan 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan yang berlaku.

Sepasukan polis turut berkawal di laluan masuk ke istana bagi memantau keadaan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini.

Difahamkan, kumpulan yang terdiri daripada golongan muda itu akan berada di kawasan terbabit sehingga jam 8.30 malam tadi.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com