Penyokong PH Buat Kecoh Di Putrajaya


PUTRAJAYA – Keengganan ribuan penyokong Pakatan Harapan yang membanjiri Persiaran Perdana, di sini, bersurai menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata

Tindakan itu dilakukan sekitar jam 3 pagi tadi selepas amaran dikeluarkan pasukan keselamatan tidak diendahkan penyokong Pakatan Harapan.

Ketika ini, anggota FRU masih melakukan usaha bagi menyuraikan saki-baki penyokong Pakatan Harapan yang tetap berdegil mematuhi arahan itu.

Untuk rekod, penyokong Pakatan Harapan membanjiri Persiaran Perdana sejak jam 10 malam, dipercayai mahu berarak menuju ke Bangunan Perdana Putra, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Jumlah penyokong Pakatan Harapan kian bertambah sehingga menyebabkan keadaan di luar kawalan dengan letupan mercun acap kali kedengaran di kawasan berkenan.

Berikutan itu, hampir semua laluan di kawasan berdekatan pejabat perdana menteri ditutup pihak berkuasa bagi mengawal keadaan.

Sumber keselamatan berkata, kebanyakan penyokong Pakatan Harapan mula membanjiri kawasan berkenaan disebabkan berita yang tersebar luas di media sosial mendakwa Putrajaya dikawal pihak tentera.

Sumber  –BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com