Penyokong Pengsan Gara-Gara Dr. M Tiba Untuk Ceramah Lewat


KUALA LUMPUR - Sekumpulan penyokong gabungan pembangkang PKR yang berhimpit-himpit padang bersaiz kecil di Flat Desa Pandan di sini malam tadi bagi menantikan ceramah oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa apabila Pengerusi PPBM itu tiba lewat hampir sejam daripada waktu yang dijadualkan.

Ceramah tersebut sepatutnya bermula pukul 9 malam namun Dr. Mahathir hanya tiba kira-kira pukul 9.50 malam walaupun sebahagian penyokong gabungan pembangkang PKR telah sampai seawal pukul 8 malam.

Semasa menantikan ketibaan Dr. Mahathir, hujan mulai turun dan ditambah pula dengan keadaan padang yang becak akibat hujan beberapa jam sebelum itu, membuatkan penyokong menjadi tidak selesa serta kelam-kabut mencari tempat berteduh.

Akibat tidak tahan dengan penyokong berasak-asak, seorang daripada mereka jatuh pengsan sebelum dirawat oleh anggota perubatan yang tiba.

Dr. Mahathir memulakan ceramahnya kira-kira 15 minit selepas tiba bagaimanapun menyampaikan ucapan yang membosankan dengan mengulangi isu-isu lapuk serta melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN).

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com