Pengundi Siam Baling Masih Setia Dengan BN


ALOR SETAR – Rata-rata pengundi keturunan Siam di Baling menyatakan rasa kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) sekali gus menepis tohmahan bahawa sokongan mereka kini beralih kepada gabungan pembangkang PKR diketuai DAP.

Seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai, Apoon Din, 56, berkata, sebagai anak jati Baling berketurunan Siam, kesetiaan mereka tidak pernah berkurang terhadap pimpinan penyandang Parlimen, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Mereka balas kesetiaan kami dengan memberi segala kemudahan yang diperlukan termasuk pemberian rumah, peluang pekerjaan dan paling penting pendidikan anak-anak Siam di sini tidak terabai.

“Mereka sentiasa datang menziarahi kami dan mengadakan pelbagai program untuk masyarakat Siam dan musim perayaan kami seperti Songkran, Loi Kratong dan lain-lain lagi pun mereka datang meraikannya,” katanya memetik Utusan Online.

Apoon berkata demikian ketika ditemui pembe­rita dalam majlis Beramah Mesra bersama Masyarakat Siam di Simpang Empat di sini .

Jelasnya, pemimpin-pe­mimpin BN yang hadir ke tempat mereka tidak pernah datang dengan tangan kosong, malah ada sahaja buah tangan untuk dinikmati bersama.

Bagi seorang lagi penduduk, Ampai Prom Riang, 50, walaupun kawasan berkenaan merupakan antara penempatan terbesar masyarakat Siam di Ba­ling dan sering cuba dimasuki pembangkang, rata-rata penduduk di sini adalah penyumbang utama kemenangan BN.

“Kami mahu dan pilih pe­mimpin yang setia dengan kami kerana itulah sifat utama kaum kami, jika orang buat baik dan amanah, kami akan tetap setia dengannya, sampai bila-bila,” katanya .

Sementara itu, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu, Mohamed Noor Mohamed Amin berkata, penduduk Siam di sini amat dikagumi kerana taat setia dan sifat perpaduan serta keharmonian yang tertanam sejak dahulu lagi.

“Ini adalah satu peti undi yang sentiasa membawa kemenangan kepada BN dalam setiap pilihan raya dan sekali lagi kita mengharap­kan perkara itu berlaku di sini.

“Saya mempunyai keyakinan penuh dengan masyarakat Siam walaupun mereka golongan minoriti, kesetiaan mereka tidak pernah berbelah bahagi dan jika mereka memberi undi kepada kita, sudah pasti kita akan balas dengan menjaga kebajikan mereka,” ujarnya. - Kedahnews.com

#TolakPakatan #UndiBN #KekalBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com