Pengundi Perlu Kekalkan BN Di Jerlun Untuk Kebaikan Mereka


Othman Aziz, calon Barisan Nasional (BN) Jerlun akan terus memperkasakan sektor pertanian khususnya penanaman padi, perikanan, dan pekebun-pekebun kecil demi faedah penduduk di kawasan.

Beliau akan turut  memberi tumpuan dalam bidang pelajaran supaya anak-anak muda di Jerlun dalam usaha meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran termasuk juga dalam bidang kerohanian.

Anak-anak muda juga tidak terkecuali di mana pemerkasaan  sukan untuk mereka dalam bidang-bidang yang diminati.

Bagi kemudahan asas di kawasan Parlimen Jerlun, Othman  akan memberi  perhatian sewajarnya mengenai keperluan  dewan-dewan, surau  dan infrastruktur lain untuk keperluan  warga Jerlun.

Dalam hal ini beliau merayu seluruh penduduk Jerlun bersama-sama dengannya bagi bangunkan lagi Jerlun kerana hanya orang Jerlun sahaja yang memahami kehendak mereka di kawasan itu.

Sebagai anak tempatan dan anak pesawah, Othman yang sudah sebati dengan kehidupan pesawah akan mempertahankan Parlimen Jerlun yang disandangnya pada PRU13.

Beliau akan dicabar oleh calon PKR, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas ADUN Ayer Hitam dan Yang Dipertua PAS kawasan Jerlun Abdul Ghani Ahmad. 

Pada PRU13 Othman menang dengan majoriti 3,270 undi mengalahka Abdul Ghani.

Bagi Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, BN meletakkan Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak asing lagi bagi penduduk Jerlun akan bertnding di kawasan itu sementara DUN Kota Siputeh akan diwakili  Ktua Pemuda UMNO Jerlun Ahmad Azhar Abdullah.

Abu Hasan merupakan penyandang DUN Kota Siputeh sementara Mukhriz menyandang DUN Ayer Hitam yang dimenangi atas tiket BN. -Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com