Pengundi Parlimen Jerlun Tak Terpengaruh Fitnah Pembangkang


ALOR SETAR – Penyandang kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz yakin bahawa rakyat Jerlun tidak akan terpengaruh dengan agenda pembangkang yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) menerusi gerakan yang dipanggil tsunami Melayu.

Menurut beliau, hal ini kerana beliau yakin pengundi-pengundi di Parlimen tersebut telah matang dalam menilai agenda pakatan pembangkang tersebut yang dipenuhi dengan fitnah.

“Tak nampak tanda-tanda tsunami Melayu di sini, suasana di Parlimen Jerlun ini tenang tidak ada masalah pun, tak ada caci-mencaci atau maki-hamun dan sebagainya.

“Pengundi di sini bijak menilai dan mereka juga matang dalam berpolitik kerana tahu hanya BN yang dapat meme­nuhi janji-janji kepada rakyat berbanding gabungan pembangkang PKR,” katanya dalam sidang akhbar di Kampung Matang Bonglai Kecil, Jerlun di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dalam satu ceramah mega di Perkampu­ngan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang baru-baru ini percaya akan berlaku tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang kemudiannya bakal menjatuhkan kerajaan BN.

Jelas Othman, berdasarkan maklum balas yang diterima, para pengundi yakin hanya BN yang mampu membawa keharmonian dan ke­amanan di negara ini dan rakyat tidak akan mengambil risiko dengan mengundi pihak yang tidak terbukti kemampuannya dalam mentadbir negara.

Dalam pada itu Othman berkata, beliau sedang me­lakukan pecutan akhir dalam melaksanakan kempen untuk meyakinkan pengundi di Parlimen Jerlun agar mengundi BN pada PRU-14.

“Semangat penyokong kita tinggi dan kita sedang menjalankan kerja-kerja lonjakan dalam kempen yang sedang menuju ke pusingan akhir,” katanya memetik Utusan Online.

Sementara itu, beliau mengalu-alukan kedatangan Pengerusi Gabungan Pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berceramah di sekitar Parlimen Jerlun, kelmarin.

“Ini negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh berkempen, cuma saya harap kempen tersebut tidak dipenuhi dengan fitnah dan dilakukan secara profesional, bukan de­ngan tujuan memecahbelahkan rakyat,” ujarnya. - Kedahnews.com

#Bersama BN
#UndiBN
#KekalBN
#RakyatDidahulukan
#HebatkanNegaraku

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com