Pendatang Yahudi Ceroboh Masjid Al-Aqsa


BEIRUT - Penduduk Palestin dan warga Israel bertempur di Masjid Al-Aqsa kelmarin, ketika ribuan penganut Yahudi meraikan "Hari Baitulmaqdis" dengan berarak di bandar itu, kata sumber di Baitulmaqdis kepada akhbar The Daily Star.

Kira-kira 1,620 penganut Yahudi memasuki kawasan masjid itu, selepas pergerakan Temple Mount melancarkan kempen untuk masuk ke kawasan terbabit secara beramai-ramai, lapor media tempatan.

Bagaimanapun, selepas masuk ke kawasan itu, mereka menyanyikan lagi keagamaan dan berdoa dengan bendera Israel untuk mencetuskan kemarahan penduduk Palestin yang turut berada di situ, kata sumber yang enggan mendedahkan namanya.

Dalam video yang tular dalam internet, puluhan polis Israel dilihat cuba mengeluarkan pelawat dan meredakan pergelutan.

"Ada beberapa pelawat Yahudi melanggar peraturan dan mencetuskan provokasi ketika lawatan ke Kuil Bukit. Mereka kemudian dipaksa keluar," menurut kenyataan polis Israel.

Sumber itu berkata, ratusan pendatang Yahudi berarak di bandar terbabit untuk menyambut Hari Baitulmaqdis yang diabjurkan pada jam 5.00 petang waktu tempatan di Pintu Damsyik, Bandar Lama Baitulmaqdis.

Difahamkan, Israel meraikan "penyatuan semula" bandar itu selepas Perang Enam Hari pada 1967, pada 13 Mei setiap tahun. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com