Pemuda PAS Mahu Kerajaan Mahathir Hormati Perlembagaan Negara, Pantau Janji Manfesto PH


Pada PRU14 lalu PAS mendapat undi popular seluruh negara yang jauh lebih banyak dari sebelum ini.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, az Muhamad Khalil Abdul Hadi  mahukan kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) menghormati Perlembagaan Negara. 

"Kita (PAS) mahu Pakatan Harapan (PH) yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara ini menghormati Perlembagaan Negara, yang meletakkan Islam sebagai agama (rasmi) negara. Raja-raja, hak-hak (keistimewaan) orang Melayu, bahasa Melayu, dalam masa yang sama menghormati bangsa dan kaum lain. 

Dalam konteks ini, kata Muhammad Khalil, Pemuda PAS juga akan memantau janji-janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Antaranya jelas beliau, hubungan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam isu mendapatkan hak royalti petroleum di Kelantan dan Terengganu.

"Dalam konteks ini, isu royalti (petroleum) bagi Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang mempunyai petroleum dan mestilah dihormati dengan apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. 

"Kerajaan Terengganu khususnya menuntut hak royalti yang ditarik balik ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004) oleh kerajaan," jelasnya yang dipetik daripada Harakahdaily.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com