Pemuda PAS Kelantan Cadang Mahathir Ziarah Kubur Nik Aziz Lepas PRU14


Pemuda PAS Kelantan mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi kubur Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

Ketuanya,  Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pemuda PAS akan menyediakan kemudahan termasuk penginapan percuma kepada bekas perdana menteri itu.

"Saya mengingatkan menziarahi kubur adalah ibadah yang digalakkan dalam Islam, namun ia menjadi janggal apabila semua pemberita dijemput membuat liputan.

"Saya bimbang selepas ini akan ada pula aktiviti solat dhuha Tun Mahathir dan diminta wartawan buat liputan," katanya pada sidang media media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan semalam.

Mahathir dikatakan akan melawat kubur Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, namun seorang ahli keluarganya mengunci pintu masuk ke kawasan perkuburan berkenaan.

Ahmad Fadhli yang juga calon PAS bagi Parlimen Pasir Mas berkata, lawatan Pengerusi Pakatan Harapan ke pusara Almarhum Tuan Guru jelas bagi kepentingan politik.

“Mengapa ziarah tersebut baru dibuat pagi tadi selepas lebih tiga tahun mantan Menteri Besar Kelantan itu meninggal dunia,” katanya. yang dipetik daripada  HarakahDaily.

Sabtu kelmarin  Dr. Mahathir dalam jelajah kempen Pakatan Harapan di Pokok Sena, Kedah menziarah kubur bekas Presiden PAS, Allahyarhan Datuk Fazil Nor di Muasasah PAS, Pokok Sena.

Beliau mendakwa Fadzil yang meninggal pada 2002 adalah sabahatnya dan pernah menjadi penasihat agama beliau.

Turut mengiringi Dr. Mahathir ke kubur  itu ialah bekas Naib Presiden PAS yang akan bertanding atas tiket Parti Amanah Negara (PAN)/PKR di Parlimen Pokok Sena. 

Mahfuz akan berdepan dengan Ketua UMNO bahagian , Datuk Said Ali Syed Rastan dan bekas pemain bolasepak kebangsaan Radhi Md Din yang mewakili PAS.- Kedahnews.com

#HarapanPalsu
#HarapanBohong
#TolakDAP
#PakatanDAP
#SinsofMahathir         
#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com