Pembangkang Simbah Cat Merah Poster Calon BN


KUALA LUMPUR – Beberapa poster calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dipercayai disimbah dengan cat merah oleh penyokong Pakatan Harapan.

Poster calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, Selangor, Lee Yee Yuan antara yang disimbah dengan cat merah.


Yee Yuan berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan bahawa mereka yang melakukannnya gagal berkempen secara sihat sehingga terdesak melakukan perkara seperti itu.

“Saya menganggap tindakan penyokong pihak lawan sangat tidak bermoral dan memalukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas perbuatan menyimbah cat merah itu kerana mereka telah menyerlahkan keburukkan yang mereka selindung selama ini.

“Saya serahkan keputusan kepada rakyat untuk menilai baik buruk dan membuat pilihan yang terbaik sewaktu mengundi kelak,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.


Yee Yuan menjelaskan, beliau tidak pernah memburukkan calon lawan dalam kempennya, sebaliknya memberi khidmat dan menyakinkan masyarakat Sekinchan terhadap manifesto BN.

Kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan apabila gambar Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan disimbah dengan cat warna merah semalam di beberapa lokasi.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com