Pembangkang Fitnah Konsert Dangdut Nisfu Syaaban


BATANG LUPAR – Pembangkang semakin ghairah lontar pelbagai fitnah dan berita palsu bagi memburuk-burukkan imej calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Terbaharu calon wanita Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dituduh menganjurkan konsert dangdut pada malam Nisfu Syaaban di Maludam di sini.

“Majlis yang dianjurkan malam tadi bacaan doa selamat bagi menghormati malam Nisfu Syaaban sebaliknya calon berkenaan memuat naik status di Facebook mengatakan satu konsert dangdut diadakan malam tadi seterusnya mencemari malam yang cukup mulia di kalangan umat Islam.

“Ini merupakan satu fitnah,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Rohani berkata, beliau bagaimanapun dimaklumkan status memfitnah BN tersebut telah dipadam oleh calon pembangkang tersebut dan beberapa pengikut beliau.

Beliau meminta jentera BN mengekang berita-berita palsu dan fitnah dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Mereka turut digesa secara aktif menggunakan medium media sosial bagi menangkis segala kenyataan berunsur fitnah oleh pembangkang. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com