Pelayaran Persiaran Paling Lama, Keliling Dunia 245 Hari!


DIKATAKAN sebagai pelayaran persiaran berterusan paling lama di dunia, setiap individu perlu membayar sekurang-kurangnya £66,990 (RM357,980) untuk mengelilingi dunia selama 245 hari.

Dijadualkan memulakan perlayaran dari Greenwich pada Ogos tahun depan, pelayaran yang membabitkan 113 hentian di 59 negara itu dijangka berakhir pada Mei tahun berikutnya.

Ia akan melawati semua benua kecuali Antartika.

Kapal persiaran mewah milik Viking Sun dari Norway itu akan memuatkan 930 penumpang menerusi pelayarannya merentasi lautan Altantik ke Greenland.

Harga yang ditetapkan termasuk tambang kelas perniagaan bagi tiket penerbangan ke London dan menikmati makanan di lapan restoran terpilihj.

Selain itu, penumpang juga boleh mengikuti kelas muzik klasik, sejarah, seni dan masakan sepanjang pelayaran

Harga paling murah ialah £66,990 (RM357,980) untuk seorang penumpang, bermakna mereka yang mengembara berpasangan perlu membayar nilai minimum £133,980 (RM715,961).

Selain dua kolam renang, penumpang juga boleh menikmati spa yang disertakan dengan kolam panas dan 'gua salji'.


Kabin terbesar adalah Owner Suite yang sudahpun ditempah. 

Harganya ialah £194,390 (RM1.03 juta) untuk seorang ataupun £388,780 (RM2.07 juta) untuk dua orang.

Pelayaran akan berakhir dengan melalui Terusan Suez ke Mediterranean dan menuju ke perairan barat Sepanyol dan Portugal sebelum kembali ke United Kingdom.

Pelayaran tersebut mengambil masa lapan bulan, iaitu hampir dua kali lebih lama berbanding pelayaran sebelumnya.

Pengerusi Viking, Torstein Hagen berkata, pelayaran tersebut membolehkan penumpang melawati banyak destinasi terbaik di dunia. 

Sumber: Mail Online UK

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com