Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Diteruskan


PUTRAJAYA – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan keperluan negara dan antarabangsa, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau berkata pelan berkenaan dijangka bersifat lebih fleksibel selepas ini.

“Setakat ini pelan itu akan diteruskan,” katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada pelan tersebut masih relevan atau sebaliknya dalam era kerajaan Pakatan Harapan, ketika ditemui selepas merasmikan acara Larian Mesra sejauh 3km sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di sini semalam.

Mengenai sambutan Hari Guru tahun ini, beliau berkata ia berlangsung selama tiga hari bermula dengan majlis tahlil semalam diikuti acara larian, forum serta makan malam pada hari ini dan esok merupakan sambutan Hari Guru.

Bertemakan ‘Transformasi Menjana Perubahan’, sambutan Hari Guru Kebangsaan ke-47 kali ini yang dihoskan oleh Wilayah Persekutuan dan Selangor menuntut golongan guru untuk bersedia menghadapi pelbagai cabaran terutamanya yang dibawa arus global, katanya. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com