Pas Kuala Ketil Bantu Ringan Beban Golongan Asnaf


KUALA KETIL - Pas Kuala Ketil mengagihkan sumbangan beras dan makanan dapur kepada 100 golongan asnaf sekitar Kuala Ketil, baru-baru ini.

Adun Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, program Sumbangan Sekampit Beras dan Barangan Dapur itu dianjurkan dengan kerjasama Skuad Masjid Tuan Hj Md Desa Bukit Minyak, Pulau Pinang dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Pulau Pinang.

Menurutnya, agihan itu bagi mengurangkan beban golongan memerlukan sempena Ramadan.

“Penerima bantuan terdiri dari 10 kampung dan program itu ialah pertama dilaksanakan Pas Kuala Ketil selepas PRU14.

“Pas Kuala Ketil mengucapkan terima kasih kepada dua wakil masjid yang turut bersama turun padang,” katanya.

Beliau berkata, bantuan seumpama itu akan diteruskan dan pihaknya sudah ada sasaran asnaf di Kuala Ketil.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com