Pas Ambil Sikap Memerhati Kerajaan Kedah


ALOR SETAR - Pas negeri Kedah terus komited untuk memperjuang hak rakyat biarpun belum berjaya membentuk kerajaan.

Menurut Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi turut mengucapkan penghargaan kepada semua petugas jentera pilihanraya Pas dan rakyat umumnya yang memberikan kepercayaan memilih parti itu di beberapa kerusi tertentu dalam PRU kali ini.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja dari seluruh ahli dan para petugas jentera pilihanraya di semua peringkat di samping penolakan rakyat terhadap kepimpinan terdahulu.

“Selain itu Pas mengambil sikap memerhati bagaimana perjalanan kerajaan Kedah di bawah Pakatan Harapan yang memperolehi 18 kerusi buat masa ini.

“Justeru itu juga, kesempatan ini Pas menyeru dan membuka pintu kepada seluruh rakyat Kedah yang memegang pelbagai keahlian parti politik seperti UMNO dan sebagainya agar dapat bersama Pas yang berhasrat membentuk Kedah yang Sejahtera, Dinamik dan Harmoni.

“Pas yang tegas memegang prinsipnya akan terus komited dan sentiasa bersama masyarakat menerusi para perwakilan Pas yang dipilih oleh rakyat untuk mengangkat serta memperjuangkan hak mereka,” katanya memetik Awani.

Sementara itu, beliau juga menekankan bahawa Pas akan terus menjaga keharmonian berbilang kaum serta berkomitmen tinggi menjaga kepentingan Islam di Negeri Kedah.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com