Orang Langkawi Harus Sedar : Undi Mahathir = Undi DAP


BUAT pertama kalinya kita sukar untuk melihat bendera Roket berkibar di sekitar jalan-jalan utama mahupun di tempat-tempat tumpuan ramai dalam kempen PRU14 kali ini.

Selama 13 kali PRU diadakan, bendera dan simbol roket sentiasa mencuri perhatian ramai tidak kira sama ada golongan warga emas ataupun kanak-kanak yang baru mengenal alam ini.

Namun kepintaran aras fikiran pemimpin DAP ditambah pula dengan nafsu pemimpin lain yang sedang membuak-buak mahukan kuasa, maka Pakatan Harapan bertekat untuk ‘haramkan’ simbol roket, sebaliknya mengangkan simbol ‘mata satu’ milik PKR.

Penyembunyian identiti dan simbol oleh DAP di Semenanjung Malaysia sekarang ini sebenarnya telah menguntungkan parti ‘chauvinis’ berkenaan.

Walaupun DAP berkuasa mutlak terhadap Pakatan Harapan, namun rakyat yang marah dan benci terhadap mereka berasa sedikit lega pada kali ini apabila tidak lagi kelihatan roket di sana sini.

Begitu juga yang terjadi kepada perlawanan merebut kerusi Parlimen Langkawi yang mempertaruhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Sebenarnya, meletakkan Dr Mahathir di Langkawi adalah percaturan dan keizinan DAP sendiri secara diam. Dia tidak ‘diizinkan’ oleh DAP unttuk bertanding di mana-mana kerusi selamat sekitar Lembah Klang.

Justeru, Dr Mahathir terpaksa juga untuk datang bertanding di Langkawi walaupun di peringkat akar umbi mendapati bahawa sokongan terhadap dirinya cuma dalam skala 50-50.

Sebab itulah DAP bersetuju Pakatan Harapan menggunakan simbol PKR untuk PRU14. Setidaknya, kawasan majoriti agama Islam dan bangsa Melayu seperti di Langkawi akan terpedaya dengan calon mereka iaitu Dr Mahathir yang menggunakan logo PKR.

Bayangkan sekiranya Pakatan Harapan bertegas mahu guna simbol DAP, sudah tentu Dr Mahathir akan kalah teruk di Langkawi kerana sentimen kawasan majoriti Melayu dan agama Islam seperti di pulau ini amat ‘elergic’ jika melihat simbol Roket berterbangan.

Walaupun Dr Mahathir ‘bersembunyi’ disebalik simbol PKR dalam PRU14 kali ini, namun percayalah bahawa tindakan memberi undi kepada Dr Mahathir bermaksud pengundi juga sedang memberi undi kepada DAP.

Mahukah pengundi di Langkawi yang lebih daripada 90 peratus berketurunan Melayu dan beragama Islam mahu memberi undi kepada sebuah parti ‘chauvinis’ yang dikatakan anti Melayu dan anti Islam ini? Fikirlah dengan iman yang sempurna sebelum membuat keputusan. 

14. Apa yang pengundi Langkawi perlu ingat ialah selain Mahathir, Tun Abdullah, dan kini, Najib Razak turut memberi sumbangan yang signifikan dalam kemajuan Langkawi.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

Sumber: TV14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com