Oh Si Bangka Orang Terbuang Konon Tsunami Melayu


PAKATAN Harapan yang berlogokan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kini melancarkan Ops Tsunami Melayu secara rasmi.

Walaupun menerima pukulan teruk yang agak memalukan pada 2 Mei lalu, apabila Ombak Tsunami gagal terima sambutan ketika dilancarkan di Pekan, Pahang iaitu kubu kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan bangkanya, Tun Daim Zainuddin, pada Rabu malam, melancarkan Tsunami Melayu di Parlimen Pekan. Satu simbolik pada gelombang menentang Najib sendiri di kerusi Parlimen Pekan.

Setelah heboh berita, cuma nama bangka ini masuk berkempen ke PDM Pekan Lama di Taman Mentiga malam tadi, namun ketiadaan platform yang sudi menerima dua besi buruk ini menyebabkan ceramah kempen PKR itu dibatal.

Namun, malam tadi, PKR mewarwarkan berita baharu. Perihal kombinasi tiga trio bangka bekas orang UMNO yang akan menggerakkan langkah kempen Tsunami Melayu secara besar-besaran.

Ketiga-tiga nama bangka ini bakal mula berceramah di Melaka.

Trio bilionaire beruban, Daim Zaimuddin dan wanita tua bergincu kaya, Rafidah Aziz akan bersama Mahathir Mohamad berkempen di seluruh negara.

Rupa-rupanya, inilah yang dikatakan Tsunami Melayu.

Puiii!

Orang yang menyapu harta negara ketika berkuasa bukan de facto tsunami. Tetapi kehadiran mereka sebenarnya, hanya akan memberi lebih banyak ruang kepada penghibur media sosial untuk menjenakakan ketiga-tiga nama tua bangka ini sebagai bahan lawak PRU 14.

Daim, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin akan menjadi kenduri media sosial. Pasti meriah selepas ini segala maklukat dan troll mengenai sumber kekayaan luar biasanya.

Walaupun bersembunyi di sebalik nama usahawan sebagai profil peribadinya, kisah Mr. 10 Percent pasti akan kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Ketika era Daim bergelar Mr. 10 Percent, ledakan media sosial belum ada. Jadi, banyak maklumat mengenai sumber kekayaan Daim tidak mudah disebarkan. Kini, Daim masuk gelanggang. Pasti banyak yang bakal ditelanjang.

Rafidah Aziz Permaisuri AP. Zamannya juga era media sosial belum seriuh sekarang. Walaupun orang tahu segala macam rahsia manipulasi AP yang dikaitkan dengan kepentingan peribadinya selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, ia tidak dapat disebarluaskan.

Kini Rafidah dan Daim sudah kembali. Syukur, kita akan mendapat banyak maklumat mengenai kekayaan dan kegiatan mereka. Sebab mereka ialah lingkaran utama di sekitar Mahathir ketika berkuasa.

24 jam lagi, kita akan melihat dua orang tua bangka yang bakal bertelanjang!

Ezam Mohd Noor?

Siapa dia? Secara tiba-tiba kembali ke pentas ceramah PKR di Kampung Medan dan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor?

Abaikan dia. Ezam hanya budak tua yang sentiasa mahukan macam-macam. Dulu, keluar PKR kerana bermasam muka dengan Azmin. Saling cemburu berebutkan kasih-sayang Anwar Ibrahim.

Sekarang merajuk dan tinggalkan Umno kerana tidak mendapat kuasa.

Alahai si tua bangka dan orang kecewa.

Apakah Tsunami Melayu yang diharapkan. Kalau yang berombak di laut hanya buih-buih tua yang renta serta alunan angin orang yang kecewa – itu bukan tsunamilah! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com