Norza Dilantik Presiden, Azim Timbalan Presiden MOM


KUALA LUMPUR - Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menjadi orang nombor dua Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selesai perhimpunan agung tahunan ke-37 sebentar tadi.

Beliau melakar kejutan menewaskan calon pilihan, Datuk Megat Zulkarnain Omardin apabila meraih 54 undi manakala lawannya 43 undi.

Manakala penyandang Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo tewas tipis dengan perbezaan satu undi.

Pencabarnya, Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib akan menggantikannya apabila meraih 49 undi.

Naib Presiden pula menyaksikan dua penyandang berjaya mempertahankan jawatan adalah Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar dan Datuk Ong Poh Eng.

Manakala tiga muka baru adaah Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim, Datuk Shamala Subramaniam dan Mahinda Vallipuram.

Ia melengkapkan barisan kepimpinan baru yang diterajui Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi penggal 2018-2021.

Norza sebelum ini sah menang tanpa bertanding sebagai Presiden MOM selepas tiada pencabar apabila tamat penamaan calon oleh persatuan sukan kebangsaan pada 24 April lalu.

KEPUTUSAN PEMEGANG JAWATAN DAN AHLI LEMBAGA EKSEKUTIF MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM) BAGI PENGGAL 2018-2021

PRESIDEN:

DATUK SERI MOHAMAD NORZA ZAKARIA

TIMBALAN PRESIDEN (1 JAWATAN):

1) DATUK MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN:

43 undi

2)DATUK SERI AZIM MOHD ZABIDI: 54 undi(*)

NAIB PRESIDEN (5 JAWATAN):

1) DATUK DR ZAKARIA AHMAD: 42 undi

2) DATUK PADUKA MUMTAZ BEGUM ABDUL JAFFAR: 84 undi (*)

3) DATUK ONG POH ENG: 69 undi (*)

4) DATUK NUR AZMI AHMAD: 46 undi

5) MAHINDA VALLIPURAM: 47 undi (*)

6) TAN SRI MOHAMAD NOOR ABDUL RAHIM: 49 undi (*)

7) DATUK SHAMALA SUBRAMANIAM: 73 undi (*)

8) DATUK MOHAMAD TAUFIK OMAR: 39 undi

9) NIK RAZEEN ADAM DAUD: 36 undi

SETIAUSAHA AGUNG (1 JAWATAN)

1) DATUK LOW BENG CHOO: 48 undi

2) DATUK MOHD NAFIZUDDIN MOHD NAJIB: 49 undi (*)

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG LELAKI

CHAN FOONG KEONG

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG WANITA

MOIRA TAN SIEW SEE

BENDAHARI

AHMAD FEISAL AHMAD TAJUDDIN

PENOLONG BENDAHARI (1 JAWATAN)

1) DATUK AMARJIT SINGH GILL: 39 undi (*)

2) DATUK CHONG KIM FATT: 37 undi

*MENANG

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com