'No Komen, Tanya Pada Peguam' - Mat Sabu Enggan Ulas Isu Skandal


"No comment, everything ask lawyer (tiada komen, semua tanya peguam)."

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, hanya memberi jawapan ringkas itu ketika diminta mengulas isu dirinya yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita.

Mat Sabu yang juga calon pakatan pembangkang di Parlimen Kota Raja, terpalit kontroversi dengan itu sejak Jumaat lalu selepas klip audio bersama wanita yang dikenali sebagai Zaza itu tular di media sosial.

Selain klip audio tersebut, beberapa keping gambar seorang lelaki yang mirip Mat Sabu sedang memeluk seorang gadis di dalam kereta turut tular.

Mat Sabu yang ditemui ketika berkempen di Pusat Penjaja Jalan Maharaja, Bagan Serai, enggan memberikan komen mengenai perkara itu.

Ekoran kejadian itu, salah seorang teman rapat Mat Sabu yang enggan dikenali memberitahu, gambar berkenaan adalah gambar lama.

Jelas rakan Mat Sabu itu, gambar tersebut berlaku sekitar tahun 2014 semasa Mat Sabu masih lagi menjadi Ahli PAS.

Dakwaan itu turut dibuat sekumpulan individu yang mengaku ahli PAN Cawangan Kuala Kedah pada sidang media di di Kuala Lumpur, Khamis lalu.- Kedahnews.com

#TolakHarapan
#TolahPakatan
#PakatanDAP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com