Nik Omar Calon Menteri Besar Pakatan Pembangkang – Husam Musa


KOTA BHARU: PAS disifatkan tidak menghormati bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, kerana parti itu tidak pernah menawarkan Nik Omar bertanding sebagai calon.

Ketua pakatan pembangkang Kelantan, Husam Musa berkata, selain itu anak kepada Allahyarham Nik Aziz iaitu Nik Abduh yang sebelum ini bertanding di Parlimen Pasir Mas dipindahkan ke Parlimen Bachok.

“Sepatutnya PAS dari awal lagi menawarkan Nik Omar sebagai calon di mana-mana kerusi dalam Parlimen Pengkalan Chepa bagi meneruskan perjuangan Allahyarham bekas Mursyidul Am PAS itu.

“Jangan kata nak beri peluang kepada Nik Omar, Nik Abduh sendiri pun tidak dibenarkan bertanding dalam mana-mana kerusi di Pengkalan Chepa sehingga dicampak ke Parlimen Bachok.

“Mungkin Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak boleh menerima Nik Abduh dalam kerusi di DUN atau Parlimen di Pengkalan Chepa. Tindakan PAS meletakkan Nik Abduh di Parlimen Bachok seolah-olah meletakkan dia (Nik Abduh) ke laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Cherang di sini malam semalam. 

Turut hadir, Pengerusi Parti Amanah Kelantan (PAN), Wan Rahim Wan Abdullah. 

Husam berkata, tindakan pakatan pembangkang menawarkan Nik Omar sebagai calon di DUN Chempaka adalah keputusan tepat dan mampu membuka mata semua pihak. 

“Kita akan mengedarkan risalah pakatan pembangkang ke seluruh negara dengan meletakkan wajah Nik Omar sebagai bakal calon Menteri Besar.

“Kita pelik bila Nik Omar bertanding dengan pakatan pembangkang, PAS bising sedangkan parti itu tidak pernah memberi peluang dan melihat kelebihan yang ada pada Nik Omar,” katanya.

Nik Omar membuat kejutan apabila tampil di pusat penamaan calon untuk bertanding di DUN Chempaka atas tiket PKR.


Beberapa jam kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan Nik Omar dipecat daripada parti serta merta kerana bertanding dengan parti lain.

Sumber: TV14

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

1 comment:

  1. Tak payah jd mb lagi. Belajarlah dulu

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com