NGO Suruh Undi Pakatan Harapan Sebab Mahu Hapuskan Ketuanan Melayu!


KUALA LUMPUR – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi, Sahabat Rakyat semalam tanpa berselindung mengeluarkan amanat kepada rakyat Malaysia supaya mengundi parti yang menolak dasar ketuanan Melayu di negara ini.

Sahabat Rakyat dalam kenyataan rasmi dwibahasa Cina dan Inggeris berkata, parti terbabit adalah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

NGO itu malah menyeru rakyat Malaysia menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun bekerjasama dengan DAP, PKR dan PAN dalam Pakatan Harapan.

“Pada 9 Mei, semua mesti mengundi PKR, DAP dan PAN yang bertanding di bawah logo PKR serta PSM, pilih untuk mengundi calon yang ada keberanian menentang egemonik UMNO dan ketuanan Melayu,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut Sahabat Rakyat, Mahathir pula perlu ditolak kerana beliau menjadi wakil kelas birokrat-kapitalis Melayu di Malaysia sepanjang beliau memegang kuasa di negara ini sebagai perdana menteri.

Kata Sahabat Rakyat, Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bukan untuk menghapuskan dosa dan menyelamatkan Malaysia, tetapi untuk melindungi kepentingan diri, keluarga dan kroninya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com