Negara Islam Jangan Jadi Pengecut Isu Palestin – PAS


KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam diharap tidak bersikap dingin dan “pengecut” dalam isu perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan pembunuhan rakyat Palestin.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bersama seluruh umat Islam memikul tanggungjawab berat untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan membela nasib rakyat Palestin.

“Tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis (pada Isnin 14 Mei) adalah sejarah hitam penguasaan Israel-Zionis terhadap bumi Palestin.

“… (ini berlaku) ketika negara umat Islam mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang mencetuskan perbezaan mazhab dan kaum bagi memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan mengalihkan tumpuan daripada memperjuangkan pembebasan Palestin,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Abdul Hadi berkata, umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitulmaqdis dan mendoakan agar rakyat Palestin tidak menyerah kalah walaupun sikap sesetengah negara Arab mengecewakan. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com