Nak Jadi Islam Bukan Kena Ucap Dua Kalimah Syahadah, Kata Saja Duit – Mahathir


RAKYAT Malaysia tahu tahap keimanan Mahathir berdasarkan cara hidup ahli keluarga beliau yang dipaparkan di media sosial secara berleluasa. Beberapa orang anak dan cucunya dikatakan mengamalkan cara hidup songsang LGBT. Malah mereka dikatakan tanpa segan silu memaparkan kebanggaan tidur bersama anjing-anjing kesayangan.

Ironinya lelaki bernama Mahathir Mohamad ini walaupun umur hampir mencecah 100 tahun namun tidak langsung menunjukkan tanda-tanda mahu mempersiapkan diri menghadapi Alam Kubur. Malah pengakuan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengemparkan negara apabila beliau mendedahkan yang Mahathir tidak suka melihat Hasmah bertudung sehingga beliau memalingkan muka.

Kini Mahathir mahu bercakap mengenai Islam pula. Rata-rata rakyat Malaysia mencebikkan mulut mereka. Beliau mempersendakan PAS dengan bercanda mengenai cara PAS menilai Islam.

Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap di hadapan penyokong sempena program Jelajah Pakatan Harapan di Padang Sera, bukan sahaja mempersenda PAS, malah turut dianggap menjadikan Islam sebagai bahan senda gurau.

Berdasarkan kenyataan itu, Mahathir yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, berkata PAS hari ini bukan lagi seperti dulu kerana didakwa beliau sudah dikaburi wang ringgit.

“Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.

“Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja “duit.

“Bila nampak duit boleh la jadi Islam.

“Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu,” katanya.

Mahathir ketika ceramah sama malam tadi, turut mengulangi tuduhan bahawa PAS menerima wang daripada UMNO.

“Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior (kelapa) nak pasang bendera, tetapi lani (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit…mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.

“Bulan (PAS) ni sedih, dulu seketul keras macam batu, tetapi sekarang dah pecah sebahagian jadi Amanah (Parti Amanah Negara) dan banyak lagi dah keluar, termasuk Nik Omar (Nik Omar Nik Aziz) anak Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang tau PAS bukan lagi seperti zaman bapanya.

“Ini semua karut sahaja dan (PAS) guna agama untuk pancing undi,” katanya.

Seorang lelaki yang hidup keluarganya tunggang langgang dalam menjalani dan mendokong agama Islam namun ada hati mengkritik pihak lain mengenai Islam dianggap sebagai menepuk air di dulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Sumber – pru14.tv

#TsunamiPHitnah
#FakeNews
#SinsofMahathir
#DosaDosaMahathir
#HarapanFitnah

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com