Najib Bina Semula Pekan Rabu Alor Setar Yang Diabaikan Oleh Mahathir


Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar yang baharu dirasmikan hari ini, merupakan satu lagi janji Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Kompleks perniagaan untuk golongan bumiputera itu dibina dengan kos RM36.9 juta.

Bangunan baharu ini yang terletak di tapak lama di pusat bandar memiliki keluasan 9,344 meter persegi dan ia mempunyai 355 ruang niaga termasuk kios serta 24 buah kedai makan.

Kompleks itu dibangunkan pada 2014 selepas dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun Dr. Mahathir Mohamad memerintah selama 22 tahun, beliau tidak memberi tumpuan 
terhadap peniaga Pekan Rabu walaupun beliau pernah berniaga goreng pisang pada zaman remaja di situ.


Ia hanya menjadi tempat nostalgia beliau untuk membeli kuih, sandal dan songkok semasa hari raya ketika pulang ke Alor Setar semasa menjadi Perdana Menteri. 

Bangunan empat tingkat itu turut menyediakan kemudahan satu setengah parkir bawah tanah iaitu 203 unit ruang parkir kereta serta 118 parkir motosikal untuk kemudahan peniaga dan pengunjung.

Pekan Rabu (foto bawah bangunan lama) sememangnya menjadi tarikan utama pelancong ke Kedah sejak sekian lama dan ia menyediakan pelbagai jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS). 

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika berucap berkata Pekan Rabu akan dipasarkan  ke seluruh negara supaya ia menjadi  tumpuan pelawat dan pelancong dalam dan luar negara untuk membeli cendera mata dan kuih muih tradisonal.
.
Pihaknya akan memastikan tiada penyewanya yang berdaftar menyewa kepada orang lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan bangunkan baharu itu yang mencerminkan antara usaha kerajaan BN dan keprihatinan Najib terhadap para peniaga kecil Melayu dalam  merebut peluang perniagaan di pusat bandar . - Kedahnews.com.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com