'Najib Bagi Kata-Kata Semangat Kepada Kami'


KUALA LUMPUR - “Kami ingat nak bagi nasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tapi dia yang bagi semangat kepada kami” demikian kata Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya, beliau gembira melihat perkembangan semasa Najib yang dilihat sihat dan positif.

“Sebagai pemimpin muda dalam Umno saya rasa amat sukar untuk saya jika berada dalam situasi ini tapi ini adalah kelebihan dan semangat yang ditunjukkan beliau,” katanya ketika ditemui media selepas meninggalkan kediaman Najib, semalam.

Beliau berkata, Najib sempat kepada semua ahli Umno agar meneruskan perjuangan.

“Beliau merujuk kepada perjuangan Rasulullah SAW, walaupun lima sahabat sekalipun tetap berjuang. Itu perumpamaan yang diberikan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Datin Seri Rosmah Mansor, Mas Ermieyati berkata, beliau juga berada dalam keadaan baik.

“Kami sempat bersembang dan dia baik-baik sahaja,” katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com