Najib Akur Dilarang Imigresen Ke Luar Negara


PASRAH… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Jabatan Imigresen Malaysia menyenarai hitam beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara.

Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menerusi status yang dikirim dalam laman sosial Twitter rasmi beliau berkata, susulan keputusan itu, beliau akan kekal di dalam Malaysia bersama-sama ahli keluarganya.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara,” kata Najib.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali ketika dihubungi media tempatan ada mengesahakan bahawa bekas pemimpin negara dan isterinya itu tidak disenaraihitamkan ke luar negara.

Bagaimanapun dalam kenyataan terbaharu dikeluarkan pihak Jabatan Imigresen Malaysia berkata, Najib dan isteri disahakan sebagai telah disenarai hitam dan tidak boleh keluar dari negara ini walau atas apa urusan sekalipun.

Semalam tersebar laporan mengenai sebuah pesawat peribadi dari Indonesia yang konon akan membawa bekas pemimpin negara itu ke negara jiran tersebut dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

Laporan tersebut yang tidak dapat dipastikan kesahihannya telah menarik minat banyak pihak dan ada menuduh Najib konon cuba melarikan diri selepas tewas mengejut dalam Pilihan Raya Umum. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com