Myanmar Usir Pelarian Rohingya


YANGON - MYANMAR. Pengawal sempadan Myanmar mengarahkan 45,000 pelarian Rohingya yang terkandas di tanah tidak bertuan di sempadan antara negara itu dan Bangladesh supaya meninggalkan kawasan tersebut.

Semalam, United News Bangladesh (BNU) melaporkan Polis Pengawal Sempadan Myanmar (BGP) telah mula mengeluarkan arahan itu di sepanjang titik sempadan Tombru di daerah Banbarban.

"Mereka menggunakan pembesar suara yang dipasang pada pokok untuk membuat pengumuman itu secara berulang mengarahkan pelarian Rohingya berpindah ke tempat lain.

Menurut pemimpin komuniti Rohingya, Dil Mohammad, BGP tidak memberitahu ke mana mereka harus pergi.

"Kami mahu pulang ke kampung halaman masing-masing, bukan ke tempat lain," katanya.

Anggaran tidak rasmi menunjukkan hampir 5,800 pelarian Rohingya tinggal di kawasan sempadan antara dua negara tersebut. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com