Mukhriz Ungkit Dulu Aminuddin Naik 'Berkat' Atas Pertolongannya


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengungkit bahawa kedudukan sahabatnya Datuk Aminuddin Omar kini adalah hasil dan berkat usahanya ketika memerintah negeri Kedah dahulu.

Tegasnya, beliau yang memilih Aminuddin sebagai exco dan berkempen untuknya sehingga berjaya menyandang jawatan itu.

“Saya pilih beliau sebagai calon pada pilihan raya lalu. Saya berkempen untuknya bagi memastikan beliau menang dan kemudian saya melantiknya sebagai exco dalam kerajaan negeri.

“Beliau bersama saya sehingga akhir, tetapi selepas itu beliau memutuskan untuk bersama Umno.” katanya ketika melawat pasar pagi Asun memetik FMT.

Mungkin bagi pemikiran Mukhriz jika bukan kerana dirinya yang 'kasihan' kepada Aminuddin dan berkat pertolongannya 'seorang sahaja' yang berkempen demi sahabatnya itu, pasti Aminuddin tidak dapat berada di peringkat sekarang.

Selain itu, Mukhriz turut mengakui persahabatannya dengan Aminuddin kini tidak sama lagi.

Mukhriz yang akan mencabar penyandang kerusi Jitra itu pada 9 Mei ini berkata, mereka berdua ada berjumpa dalam satu majlis di Istana Anak Bukit baru-baru ini.

Tetapi semua itu sudah berubah dan keadaan menjadi agak janggal. Mereka menjabat tangan dengan mesra, tetapi tidak banyak bercakap dengan satu sama lain.

“Kami masih ada bercakap, tetapi tidak sama seperti dahulu.

“Kami buat apa yang perlu. Apabila pilihan raya tiba, persahabatan masih ada, tetapi kami didorong agenda lebih besar – menyelamatkan negeri dan negara. Malang sekali beliau di sebelah sana. Saya berhasrat menewaskannya,” katanya .

Tambah Mukhriz, dirinya percaya Aminuddin masih bertanding di Jitra kerana beliau turut bertanding di sana.

“Beliau tidak baik dengan ketua bahagian (Penyandang Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum). Beliau di pihak lain.

“Jadi, saya mungkin menyelamatkannya melalui pencalonan saya di Jitra. Tetapi, saya masih mahu berhasrat menang,” katanya sambil ketawa.

Pada pilihan raya umum ke-13, Aminuddin memenangi kerusi negeri Jitra selepas menewaskan calon PAS, Rohani Muttalib dengan kelebihan 3,056 undi.

Di kemuncak krisis kepimpinan Kedah pada 2016, Aminuddin tetap bersama dan menyokong Mukhriz.

Aminuddin turut berada di sisi Mukhriz apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan menteri besar.

Akan tetapi, keangkuhan Mukhriz ini membuatkan beliau lupa tentang parti UMNO yang mengangkat dan membantunya sehingga beliau berjaya menyandang jawatan Menteri Besar Kedah. Sebaliknya hanya mengingati 'jasanya' yang dibantu oleh UMNO kepada orang lain.

Pada PRU14, selain Mukhriz dan Aminuddin, kerusi negeri Jitra turut dicabar calon PAS, Zulhazmi Osman. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com