Mukhriz Takutkan Rakyat Kedah Dengan Isu #FakeNews GST Dan 1MDB


ALOR SETAR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus menakutkan rakyat dengan mengulangi isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam kempen beliau di Kedah.

Disetiap ceramah yang dihadirinya, beliau sering kali mengingatkan orang ramai bahawa kadar GST enam peratus yang dikenakan di negara ini akan dinaikkan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selain itu, Mukhriz turut mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perbandingan kadar GST di Malaysia dan negara lain sebagai modal untuk menanam kebencian ke atas rakyat terhadap kerajaan.

"Dengar apa Najib kata pasal GST...baik, bagus dan 160 negara sudah amalkannya. Malaysia antara kadar paling rendah, kerana di negara lain ada yang sampai 22 peratus.

"Apabila (Perdana Menteri) sebut begitu, apa maksudnya....nak tunai janji (manifesto), lepas PRU-14 mesti GST akan naik...berbanding kami (pakatan pembangkang) hari ini naik (jadi kerajaan), esok hapus GST," katanya memetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Program Pidato Pimpinan Pakatan Harapan Kedah di Taman Akasia di Kuala Nerang, di sini, malam Selasa.

Selain isu GST, Mukhriz turut mengitar semula isu tradisi pembangkang iaitu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan kira-kira 100 hadirin yang hadir.

Bahkan, Mukhriz turut menuduh UMNO dan BN memberi rasuah untuk meramaikan kehadiran pada setiap majlis yang dianjurkan berbanding PH yang tidak memberi sebarang 'dedak' untuk meramaikan majlis.

Katanya lagi, beliau turut mengakui 'orang' pakatan pembangkang berada dalam kalangan hadirin pada majlis anjuran UMNO dan BN untuk memantau. 

"Yang ambil video tu orang kita la....yang mengaku UMNO pun orang kita, nak buat macam mana...yang pakai baju biru BN tu pun orang kita, tak boleh nak selindung," ujarnya. -Kedahnews.com

#TolakHarapan
#PakatanDAP
#FakeNews
#TsunamiPHitnah

1 comment:

  1. #MATALEBAMMUDAHLUPA
    #MATALEBAMSUDAHLUPAAGAKYE

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com