Mukhriz Perlu Mohon Maaf Kepada Waris, Keluarga Mangsa Memali


Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu segera meminta maaf kepada waris dan keluarga mangsa yang terkorban dalam peristiwa Memali di Baling.

Ini berikutan kenyataan biadap bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan 14 orang kampung yang terbunuh dalam kejadian 32 tahun lalu itu sebagai 'mati katak'.

Dr. Mahathir, calon Perdana Menteri sementara PKR,  turut  menyalahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'pendorong' berlakunya peristiwa itu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ‘Amanat Haji Hadi’ pada 1981 yang menjadi punca berlakunya peristiwa hitam terbabit dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

Dr .Mahathir  mendakwa 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid ketika berucap pada ceramah untuk Calon PKR  Lembah Pantai di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur, semalam.

Jika Mahathir enggan memohon maaf kepada keluarga mangsa Memali, Mukhriz, selaku anak sewajarnya bertangungjawab mewakili bapanya. 

Dakwaan Mahathir mengatakan mereka yang terkorban dalam peristiwa itu sebagai 'mati katak' menghiris kembali luka lama kaum keluarga mangsa walaupun tragedi itu telah berlaku terlalu lama.

Perlu disebut, Mukhriz dan Mahathir masing-masing akan bertanding di parlimen Jerlun dan Langkawi atas tiket PKR. 

Penghinaan Dr. Mahathir kepada mangsa tragedi Memali itu boleh mempengaruhi pengundi di kawasan Baling dan kawasan yang ditandingi oleh Mukhriz dan bapanya
.
Oleh itu Mukhriz selaku Pengerusi Pakatan Harapan Kedah tiada pilihan lain kecuali memohon maaf segera kepada keluarga mangsa peristiwa berdarah itu bagi mengelakkan parti PKR kalah dengan teruk . - kedahnews.com.

#HarapanPalsu
 #HarapanBohong 
#TolakDAP 
#PakatanDAP
 #SinsofMahathir
 #DosaDosaMahathir



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com