Moto Muafakat Johor Ditukar Harapan Johor


JOHOR BAHRU - Tiada lagi moto Muafakat Johor digunakan di negeri ini, sebaliknya akan ditukar kepada Harapan Johor.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, moto Muafakat Johor yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini ditukar bagi mengikut acuan dan cara kepimpinan baharu pentadbiran negeri.

"Muafakat Johor ditukar kepada Harapan Johor, dan Team Johor juga tidak akan digunapakai, sebaliknya pentadbiran baru ini akan dikenali sebagai Pakatan Harapan Johor," katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Parti Amanah Negera (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan.

Bagaimanapun, Osman berkata, kepimpinannya masih menghormati istilah Bangsa Johor yang wujud sejak dahulu lagi.

"Apa salahnya dengan istilah Bangsa Johor. Semua yang lahir di Johor, kita adalah Bangsa Johor. Lagu negeri ini juga bertajuk Lagu Bangsa Johor," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com