Mokhzani Sama Ja Macam Mahathir, Sedap Hina Penerima BR1M Lepas Itu Tak Mengaku


ALOR SETAR – Anak kedua Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tan Sri Mokhzani Mahathir yang juga merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia kini menafikan dakwaan kononnya beliau menghina penerima BR1M.

Dalam kenyataan Mokhzani, kemungkinan besar dia hanya mahu 'menyedarkan' rakyat tentang kenyataan sebenar yang membawa maksud jika kamu seorang yang miskin hiduplah dalam keadaan dan kemampuan orang miskin dan tak perlu untuk menerima 'bantuan percuma' yang dihulurkan kerajaan.

“Cara yang lebih efektif ialah rakyat ada kerja, ada gaji setimpal untuk tampung keperluan mereka dan barangan dibeli dengan harga yang berpatutan.

“Saya nak cerita pasal kemampuan, saya bagi tiga senario iaitu, pertama kita rasa kita mampu beli sahaja; yang kedua kita pergi kedai, apa pun kita tak boleh beli, kita rasa kurang kemampuan; manakala yang ketiga sebelum kita masuk kedai, ada orang jumpa kita bagi kita duit tambahan supaya kita masuk beli apa sahaja yang kita nak,” jelasnya ketika berucap di Majlis Sembang Santai bersama Sahabat Berani Bersatu, di Langkawi, kelmarin.

Tambahnya, dengan penerimaan bantuan itu mungkin rakyat akan berasa bangga tetapi realitinya itu di luar kemampuan mereka dan hanya bergantung kepada berkat dari 'rezeki' dan bantuan kerajaan.

“Mungkin kita rasa hebat kita boleh beli apa sahaja dalam kedai padahal kita tak mampu" katanya petik Sinar Harian

Persoalannya, adakah bantuan yang dihulurkan kerajaan itu salah walaupun ianya 'bermusim' seperti diperkatakan oleh Mohkzani? Setidaknya bantuan BR1M tersebut mampu meringankan bebanan golongan susah dan sememangnya bantuan seperti itu tidak memberikan apa-apa makna kepada golongan kaya-raya seperti beliau.

Mokhzani berkata, beliau hanya mahu rakyat mampu membeli barangan yang mereka perlukan sahaja. Ini membawa makna beliau mungkin tidak mahu rakyat membeli barangan yang mereka inginkan.

Mungkin cara Mokhzani ini hanya mahu 'menayang' sahaja kelebihan yang orang kaya mampu beli dan orang miskin tidak mampu beli. Biarkan orang miskin 'kempunan' melihat kelebihan barangan yang orang kaya miliki. Bagitukah kehendak Mokhzani?

Pada kempen Harapan di Kedah baru-baru ini, Mokhzani dilaporkan berkata, menerima BR1M bukanlah sesuatu yang membanggakan dan walaupun kerajaan gembira kerana ia membantu rakyat dengan memberi bantuan itu, rakyat lupa bahawa mereka menerima wang itu kerana mereka tidak mampu menyara diri sendiri. - Kedahnews.com


#BR1M
#ManifestoBN
#HarapanPalsu
#HarapanBohong
 #TolakDAP
#PakatanDAP
#SinsofMahathir         
#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com