Mokhzani Mahathir Jangan Sampai Hina Orang Miskin - PM


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir tidak menghina orang miskin.

Dalam posting di laman Twitternya, Najib berkata, golongan berpendapatan rendah memerlukan bantuan dan disebabkan itulah, kerajaan Barisan Nasional memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang berkelayakan.

“Mokhzani baru-baru ini kutuk BR1M. Dia tak apalah, masa pak dia jadi PM, dia dapat kontrak berbilion-bilion daripada Petronas. Dia kaya biarlah, tapi janganlah sampai hina orang miskin. Mereka perlu bantuan, Kerajaan Barisan Nasional bantu, sebab kita #DahulukanRakyat!,” katanya semalam.

Mokhzani dalam satu ceramahnya di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah baru-baru ini memperlekehkan penerima BR1M yang disifatkan sebagai orang yang lemah.

Katanya, seseorang itu hanya dikira hebat apabila menjadi kaya dan menjalani kehidupan dengan hasil titik peluh sendiri tanpa mendapat bantuan daripada pihak lain.

Sumber - MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com