Mokhzani Kaya Dan Angkuh, Anak Samy Vellu Desak Anak Mahathir Mohon Maaf Hina Penerima BR1M


PETALING JAYA: Bendahari Agung MIC S Vell Paari semalam menyifatkan Tan Sri Mokhzani Mahathir “angkuh” kerana berkata tiada apa untuk dibanggakan dengan pemberian BR1M dan rakyat hanya boleh berbangga apabila mereka kaya.

Menggesa Mokhzani meminta maaf kepada semua penerima BR1M, “kerana mereka tidak seharusnya dihina dan direndahkan”, beliau berkata kata-kata Mokhzani itu menunjukkan betapa dia tidak tahu keadaan orang kebanyakan.

“Semua di Malaysia tahu bagaimana Mokhzani Mahathir memperoleh wang berbilionnya. (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pernah berkata Kenchana Petroleum milik Mokhzani menerima kebanyakan projek dari Petronas. Dr Mahathir pernah menjadi penasihat Petronas.”

Vell Paari, anak kepada bekas menteri kabinet Dr Mahathir, Tun S Samy Vellu, berkata dalam kenyataan, Mokhzani harus berhenti “memandang rendah” dan menghina penerima BR1M.

“Bukan semua orang di Malaysia anak kepada bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun dan kini seorang hartawan. Ramai rakyat bekerja mencari nafkah secara jujur dan perlukan bantuan dari semasa ke semasa. Kerajaan sedar akan perkara ini dan sedang menyediakan bantuan kepada rakyat. Jumlah bantuan itu mungkin kecil nilainya pada Mokhzani tetapi ia sangat besar buat rakyat yang benar-benar memerlukan.”

Beliau menyoal Mokhzani mengapa Pakatan Harapan tidak berjanji untuk memansuhkan BR1M?

“Sebabnya mudah, PH tahu BR1M inisiatif yang sangat baik oleh kerajaan BN.”

Mokhzani semalam berkata, walaupun kerajaan seronok menunjukkan pihaknya membantu rakyat dengan mengagihkan bantuan itu, rakyat lupa mereka menerima wang itu kerana tidak boleh mencari nafkah secukupnya.

“Kita boleh berbangga dan menjadi jaguh apabila kita kaya. Kita boleh berasa besar dengan wang yang diusahakan sendiri. Itu yang penting. Ia bukan tentang orang memberikan wang kepada kita untuk hidup. Itu bukan kejayaan.

“Kita boleh berbangga apabila kita mampu memastikan mata pencarian dan boleh menjaga keluarga kita,” katanya pada satu ceramah di Felda Sungai Tiang di Pendang, Kedah, semalam.

Sumber: FMT

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com