Mokhzani Hina Penerima BR1M Bawa Padah Pada Calon PKR Di Pendang


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) di Kedah, khususnya di kawasan Pendang akan menolak calon pembangkang terutama daripada Pakatan Harapan kerana penghinaan Tan Sri Mokhzani Mahathir terhadap penerima bantuan itu.

Anak kedua Tun Dr. Mahathir itu dilaporkan berkata penerima BR1M tidak boleh bangga dengan wang itu. Mereka tidak mampu untuk menanggung diri sendiri.

"BR1M bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan," kata Mokhzani, tokoh korporat yang muncul antara orang terkaya di Malaysia semasa berceramah di Felda Sungai Tiang kelmarin bagi membantu calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Pendang, DUN Sungai Tiang dan DUN Tokai.

“Kita boleh berbangga dan menjadi seperti juara apabila kita sudah kaya. Kita boleh merasa hebat dengan wang hasil susah payah kita sendiri.

“Itulah yang penting. Ia bukan mengenai orang memberi kita wang supaya kita dapat terus hidup. Itu bukan sesuatu yang bagus.

“Kita boleh merasa bangga apabila kita dapat memastikan kehidupan kita boleh disara dan kita boleh menyara keluarga kita sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Mokhzani muncul di kawasan itu untuk memberikan sokongan kepada  calon Pakatan Harapan (PH) Pendang, Wan Saiful Wan Jan, calon kerusi DUN Sungai Tiang Abdul Razak Khamis.

Sebelum ini bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin turut datang berkempen di Pendang walaupun beiau tidak pernah datang ke situ sejak sekian lama.

Daim juga mendakwa bantuan kepada pesawah sebagai rasuah semasa berceramah baru-baru ini.

Perlu disebut, Pakatan Harapan juga akan meneruskan BR1M jika pakatan itu memerntah walaupun pada awalnya Dr. Mahathir menganggap BR1M itu satu bentuk rasuah kerajaan kepada rakyat.

BR1M yang diberikan itu adalah untuk semua rakyat berpendapatan bulanan bahawa RM5,000  dan  penerimanya tidak semestinya penyokong kerajaan.

Bagaimanapun kenyataan Mokhzani yang memperlekeh BR1M kepada golongan sasar ditempelak berbagai pihak termasuk calon Barisan Nasional.

Datuk Seri Johari Abdul Ghan,i bekas menteri kewangan kedua berkata, Mokhzani mempunyai kehidupan yang cukup senang dan mewah hasil kekayaan daripada bapanya, Dr. Mahathir.

Anak bekas Perdana Menteri itu tidak akan memahami nilai pemberian BR1M kepada golongan yang berpendapatan rendah di negara ini, " ujarnya.

"Orang kaya macam dia memanglah rasa tiada nilai BR1M sebab dia tak pernah susah, dia lahir dalam keluarga yang kaya, sebab itu dia tak boleh menilai duit BR1M bernilai RM1,200, " kata Johari.

Pada manifesto BN PRU14, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan penerima BRIM akan menerima kenaikkan RM800 selain melaksanakan BR1M untuk mereka yang berpendapatan  bulanan di bawah RM5,000 . - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com