Mohon Sumbangan Baiki Surau


JITRA - Surau Hidayah Nur Hikmah di Kampung Pahu, di Ranau, Sabah memerlukan dana berjumlah RM10,000 bagi proses penambahbaikan untuk keselesaan jemaah beribadat sepanjang Ramadan ini.

Pengasas Semai Dakwah Solution Malaysia, Muhammad Hanif Hamid berkata, antara keperluan yang diperlukan adalah karpet ruang solat, rehal, telekung wanita, kipas dinding dan pembinaan tandas yang melibatkan kos RM5,000.

Katanya, kerja-kerja menaik taraf ini sepatutnya diselesaikan sebelum puasa, namun tergendala kerana kekurangan dana.

“Setakat ini beberapa kerja penambahbaikan sedang berjalan, bagaimanapun ia bergantung kepada peruntukan yang kita terima,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Tunku Sarina, di sini.

Muhammad Hanif yang juga Pengerusi Jawatankuasa surau berkenaan berkata, sebahagian struktur surau berkenaan turut terjejas akibat gempa bumi, baru-baru ini.

“Jadi saya harap dengan sumbangan daripada orang ramai, akan memberi sinar baharu kepada penduduk di sana yang majoritinya beragama Islam,” katanya yang menjalankan kempen Infaq Ramadan Surau Hidayah Nur Hikmah melalui banner yang digantung di sekitar Alor Setar dan Jitra.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Islamic 8603223257 atas nama Semai Dakwah Solution atau hubungi Muhammad Hanif 018-9685330.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com