Mengerikan! Getah Dipakai Kanak-Kanak Ini Tertanam Di Dalam Kulit



BEIJING -Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas doktor mendapati getah yang dipakai sejak beberapa bulan lalu, tertanam di dalam kulitnya.

Kejadian disedari datuk dan neneknya yang melihat lengan cucu mereka kelihatan bengkak, awal tahun ini, lapor portal Hangzhou.com.

Kanak-kanak dengan nama samaran Le Le itu turut mengadu sakit selain kebas di tangan.

Dia dikatakan memakai getah itu di lengannya terlalu lama menyebabkan daging terbentuk di sekeliling getah berkenaan.

Doktor di Hospital Kanak-kanak Zhejiang melakukan pembedahan selama 30 minit bagi mengeluarkan getah berkenaan.

Dr Ye Ye Wensong memberitahu portal berita The Paper, ia kali pertama dia melihat ke seperti itu sepanjang tempoh 20 tahun kerjayanya.

Sumber: SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com