Mengadu Durian Tak Sedap, Pondan Ditampar Tauke


SEORANG lelaki transgender di Thailand ditampar oleh peniaga durian selepas mengeluh durian yang dibelinya dikatakan terlalu masak lagi tidak boleh dimakan.

Lapor Next Shark, mangsa yang dikenali sebagai Bella Thepsatar sebelum itu meminta kepada peniaga berkenaan agar ditukarkan durian yang dibelinya dengan yang lain

“Saya beli durian dari kedai ini dua kali dan tidak ada masalah. Tetapi kali ini buah durian ini terlalu lembek dan melekat pada plastik pembalut,” tulis Bella menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook PattayaTalk pada Rabu.

Peniaga lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan pada mulanya cuba berunding dengan mangsa, namun sikap cerewat Bella menyebabkan dia menjadi kurang sabar.

Lalu mengambil keputusan dengan mengancam untuk mencederakan mangsa sebelum menamparnya.

“Kenapa awak nak pukul saya? Saya bercakap elok-elok dengan awak. Apa yang awak nak buat pada saya?

“Saya cuma kata durian ini terlalu lembek dan saya tak dapat makan buah durian seperti ini,” kata Bella.


Menerusi rakaman, peniaga lelaki itu datang menghampiri Bella dan membawa dua ulas buah durian sebelum secara tiba-tiba menampar mukanya.

Tindakannya mengejut lelaki itu langsung menyebabkan mangsa terkedu dan menangis.

“Saya cuma beritahu awak yang buah durian ini tak boleh dimakan. Saya dah beli buah durian dari awak dua kali,” katanya sambil menangis.

Kemudian datang seorang wanita lain meminta agar Bella segera beredar.

“Dia tidak suka bila ada orang bercakap mengenai dia dari belakang. Saya merayu pada awak, tolong beredar segera,” kata wanita itu.

Tidak beberapa lama selepas itu, seorang remaja tampil meminta maaf dan menghulurkan tisu tandas membantu membersihkan kotoran pada muka Bella.

Bella juga diberikan durian yang lain sebagai ganti sebelum beredar dari kedai tersebut.

Video kejadian itu tular di media sosial tempatan sehingga menerima lebih 25,000 perkongsian dan segelintir netizen dikatakan  berkunjung ke lokasi kedai itu untuk mendapatkan kepastian. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com