Mayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui Dalam Tong Sampah


VIENNA - Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam tong sampah besar di ibu negara Austria, kelmarin.

Penemuan ngeri itu berlaku pagi semalam di daerah Doebling, Vienna ketika pekerja majlis perbandaran datang untuk mengosongkan tong terbabit.

"Kanak-kanak perempuan itu kali terakhir dilihat bermain pada jam 3 petang pada Jumaat lalu. Ahli keluarga mangsa memaklumkan kehilangan beliau kira-kira jam 11.30 malam," kata jurucakap polis, Irina Steirer kepada agensi berita APA.

Tong sampah besar lokasi mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui amat dekat dengan blok apartmen di mana beliau tinggal.

Difahamkan, mayat dijumpai dalam keadaan dibungkus dalam beg plastik. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com