Mayat Bayi Lelaki Dijumpai Di Tepi Longkang Di Sungai Petani


SUNGAI PETANI - Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan berada di dalam beg plastik berbalut dengan kain cadar katil di tepi longkang di belakang sebuah rumah kedai di Taman Berlian Indah, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid berkata mayat bayi malang itu ditemui orang awam kira-kira 11 pagi tadi sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati mayat bayi yang masih lengkap bertali pusat dan uri itu dijumpai di dalam beg plastik, berbalut dengan kain cadar katil dan diletakkan di tepi longkang di belakang sebuah rumah kedai," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Saifi berkata siasatan kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan turut dijalankan bersama pihak Forensik Kbu Pejabat Polis Kontinjen Kedah manakala mayatnya akan dibedah siasat esok di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.- BERNAMA
   

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com