Masyarakat India Langkawi Usah Terpedaya 'Janji Manis' Mahathir


ALOR SETAR - Masyarakat India di Pulau Langkawi dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan janji manis Tun Dr Mahathir Mohamad yang menawarkan pelbagai bantuan kepada mereka jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU114).

Menurut Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, janji ditabur pemimpin berusia 93 tahun itu umpama "menjual gula-gula".

Hal ini mengulas mengenai kehadiran Dr Mahathir yang datang ke Langkawi baru-baru ini dan membuat janji kepada komuniti India di sini untuk menyelesaikan isu golongan yang memegang kad pengenalan merah ditukarkan kepada biru.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sukaneka anjuran MIC Langkawi di Kelab Bell Belia Tamil Ladang Sungai Raya, di sini, Selasa.

Jelas Mohd Rawi, janji manis ditabur pembangkang dalam tempoh berkempen adalah semata-mata untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum, walaupun mereka sedar ia mustahil dapat ditunaikan.

Sebaliknya, tambah Mohd Rawi yang juga penyandang kerusi itu berkata, hanya BN yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan sebarang isu membabitkan komuniti India.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memberi jaminan BN Kedah akan menunaikan permintaan komuniti India di Langkawi.

"BN akan selesaikan isu tanah di Kuil Sri Subramaniam di Pokok Assam Kuah dan mewartakan tanah Kuil Sri Mahammariaman di Kampung Kisap," katanya memetik BH Online.

Sementara itu, BN juga memberi komitmen untuk menyediakan sebidang tanah seluas 11.34 hektar untuk penempatan semula masyarakat India di pulau berkenaan. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#DosaDosaMahathir
#FakeNews
#UndiBN
#KekalBN
#BersamaBN


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com