Mahathir Ziarah Kubur Presiden PAS Bertujuan Politik


Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor empat hari sebelum tarikh mengundi pada piliha raya umum ke-14 adalah bermotifkan politik.

Ia juga dianggap perbuatan yang tidak ikhlas kerana hanya untuk mendapatkan sokongan pengundi daripada orang ramai termasuk penyokong PAS.  

Inilah kali pertama Mahathir ziarah kubur bekas pemimpin PAS itu. Allahyarham Fadzi meninggal dunia pada 2002, iaitu kira-kira 16 tahun lalu.

Semalam bakal Perdana Menteri Ke-7 (jika Pakatan Harapan menang) menziarah pusara bekas Presiden PAS itu di Muasasah PAS Pokok Sena, Kedah sebelum berceramah di Kampung Bukit, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Parlimen Pokok Sena.

Dr. Mahathir diiringi, isteri Tun Dr. Hasmah Mohd Ali dan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga calon Parti Amanah Negara (PAN) yang bakal bertanding di Parlimen Pokok Sena.


Bagi bekas Kadi, Sheikh Nik Ali Nek Ahmad, ziarah kubur orang Islam adalah baik, tetapi tindakan Dr. Mahathir yang pernah menjadi seteru politik kepada Fadzil Nor amat diragui.

"Ia merupakan perbuatan tidak ikhlas dan bermotifkan politik kerana tidak kena dengan waktunya (PRU14) sekarang, " kata Nek Ali.

Sapatutnya Dr. Mahathir juga ziarah keluarganya dahulu di tanah perkuburan Islam Akar Peluru, di Alor Setar.

Sementara itu Nek Ali juga meragui dakwaan Dr. Mahathir bahawa Fadzil pernah menjadi 'penasihat agama' beliau.

"Setahu saya, bekas Presiden dan bekas Pesurujaya PAS itu amat bertentangan dalam fahaman politik kerana mereka saling 'menyerang' satu sama lain," kata Nek Ali.

Sehari sebelum itu,  Mahathir menyifatkan mangsa yang terkorban dalam tragedi Melaku kira-kira 20 tahun lalu sebagai 'mati katak'yang kemudian mengundang pelbagai kecaman terhadapnya.

"Orang kampung pun tidak sanggup kata 'mati katak' kepada orang yang meninggal dunia, appatah lagi ia telah lama berlaku..." kata Nek Ali yang mengganggap perkataan itu  tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas pemimpin.

Bagaimanapun Nek Ali tidak menolak faktor usia menjadi punca  Dr. Mahathir jadi begitu. - Kedahnews.com 

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com